4 Tips Penting Untuk Bantu Anda Pilih Kasut Dengan Tepat

4 Tips Penting Untuk Bantu Anda Pilih Kasut Dengan Tepat
Share

Kasut ni sebenarnya 'mahkota' wanita, kalau dapat shopping kasut boleh hilang stress, best! Tapi yang tak bestnya bila asyik rasa buntu bila nak pilih kasut yang nak dibeli, mulalah emosi jadi tak betul, kaki pulak dapat sakit.

Bukan tu je, sekali emosi dah melencong, habis semua tak kena. Terbeli pulak kasut yang tak sepatutnya, tak selesa & tak sesuai dengan outfit yang sis dah plan nak pakai nak pergi dinner, kan? Tak apa, dalam post ni, saya akan kongsikan bagaimana sis boleh pilih kasut idaman dengan lebih tepat, tak perlu sampai migrain fikir.

#1 - Pastikan Kasut Betul-Betul Selesa

Banyak kelebihan bila kita dapatkan kasut yang selesa buat kaki kita ni termasuklah kaki tak mudah rasa lenguh biarpun kasut tu kita pakai dalam jangka masa yang lama. Kebiasaanya kasut yang selesa mempunyai span dibahagian tapak atau menggunakan material jenis lembut yang mampu membuatkan kaki kita selesa & tidak melecet.

Tempat paling mudah melecet ialah belakang tumit. Ruby Mary Jane Buckle Wedge ada span tambahan tepat di bahagian tu, dan buckle yang boleh dilaraskan sendiri.

#2 - Pilih Material atau Fabrik Yang Bersesuaian

Kita perlu juga tahu material apa yang digunakan, adakah material itu sesuai dengan kulit kaki kita atau sesuai untuk dipadankan dengan outfit kita nanti. Kebiasannya material PU Leather sangat luas digunakan dalam industri fesyen kasut hari ini, begitu juga dengan suede, lace & glitter. Ini memberi peluang kepada kita untuk dapatkan lebih banyak pilihan, senang nak padankan dengan outfit harian!

Untuk cuaca Malaysia, PU premium paling senang dijaga sebab boleh dilap dan cepat kering. Suede paling susah sebab ia perangkap lembapan. Sofia Luxe Pointed Kitten Heel dan Lily Scallop Block Heel dua-dua guna PU yang senang lap. Kalau nak kaki bernafas, Twyla Knit Block Heel guna fabrik flyknit.

#3 - Jenis Kasut Bertumit Tinggi atau Flat?

Ramai yang takut nak cuba kasut bertumit tinggi & ada yang lebih selesa untuk kekal dengan kasut jenis 'flat' atau rata. Sebenarnya kaki dan postur badan akan nampak lebih menarik dengan kasut yang bertumit tinggi, tapi tak perlu tinggi sangat kerana boleh memudaratkan kaki. 3 inci adalah ketinggian yang 'just nice' untuk menambahkan lagi aura penampilan kita. Jika ragu-ragu dengan high heels, boleh cuba kasut jenis wedges.

Kalau baru nak mula, 1.5 inci lebih senang: Fiona Pointed Kitten Heel. Untuk wedges, Reana SE Slingback Wedge pada 2.5 inci dengan platform depan 1 inci, jadi rasa macam 1.5 inci sahaja pada kaki. Sebab penuh kenapa wedges lebih selesa ada dalam artikel ini.

#4 - Pilih Kasut 2 dalam 1

Bila cari kasut yang cantik, stylish, trending, lawa-lawa, pasti ramai yang terbayangkan kasut tu tak cantik, design biasa je, tak banyak pilihan warna. Kasut yang cantik sepatutnya selesa, itulah 2 dalam 1. Susah nak cari tapi sebenarnya itulah keperluan utama para wanita, dengan adanya koleksi dari Madre, terutamanya jenis wedges, memang selesa, stabil, sedap pakai dan mengikut citarasa semasa, itu paling penting.

Cara paling mudah nak tengok yang mana betul-betul 2 dalam 1: lihat koleksi best seller. Yang paling laku bukan yang paling tinggi, tapi yang boleh dipakai dari pagi sampai malam.

Soalan Lazim

Macam mana nak tahu saiz kasut saya sebenarnya?

Ukur kaki pada waktu petang, bukan pagi, sebab kaki mengembang sepanjang hari. Lepas tu banding dengan chart saiz, dan tengok juga cutting yang disebut pada setiap page produk Madre, dari small sampai large.

Kalau kaki saya lebar, saiz naik satu boleh tak?

Boleh tapi bukan penyelesaian terbaik, sebab kasut jadi panjang sementara bahagian depan masih sempit. Lebih baik pilih model yang memang cutting luas seperti Evana atau Karla.

Berapa inci heels yang selamat untuk pakai lama?

1.5 hingga 2.5 inci, dan pilih block atau wedge. Platform di bahagian depan mengurangkan cerun, jadi tekanan tak jatuh semua ke jari.

Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca tips dari Madre. Jangan lupa share post ni untuk bantu lebih ramai yang mengalami masalah sama.

Filed under
Share

1 comment

Noorul · 06 January 2020

Wah thank you Kakpin the great tips!

Reading about comfort is one thing. Feeling it is another.

Every pair we make is built to be worn all day, not just admired in photographs.

Shop the collection