Jenis Kaki Wanita & Cara Pilih Kasut Yang Sesuai Supaya Tak Sakit Lagi

Jenis Kaki Wanita & Cara Pilih Kasut Yang Sesuai Supaya Tak Sakit Lagi
Share

“Pernah tak beli kasut yang nampak cantik gila, tapi lepas 2 jam pakai, rasa macam nak campak je?”

Ramai wanita alami benda yang sama, bukan sebab kasut tu murah atau design tak bagus, tapi sebab kita tak kenal jenis kaki sendiri.

Setiap orang ada bentuk kaki yang berbeza. Bila kita pakai kasut yang tak sesuai dengan struktur kaki, bukan saja kaki rasa lenguh, tapi boleh jadi punca sakit lutut, pinggang, malah migrain dalam jangka panjang.

Jom kenali jenis-jenis kaki wanita dan kasut yang sesuai untuk elakkan masalah ni.

Kenapa Penting Tahu Jenis Kaki?

Tak semua kaki sama. Ada yang leper, ada yang tinggi arch dia. Ada yang kecil tapi lebar. Bila kita pakai kasut yang fit dengan kaki sebenar kita:

  • Kaki kurang letih walaupun berdiri lama

  • Blister dan melecet berkurang

  • Badan rasa lebih stabil dan seimbang

  • Jangka hayat kasut pun lebih lama sebab tak cepat rosak akibat tekanan tak sekata

5 Jenis Kaki Wanita & Kasut Yang Sesuai

1. Flat Feet (Kaki Leper)

Ciri-ciri:

  • Bahagian tengah tapak kaki tak melengkung

  • Bila tapak basah dan pijak lantai, bentuk kaki penuh tanpa ruang lengkung

Masalah biasa:

  • Sakit tumit

  • Mudah lenguh bila berdiri lama

  • Badan cepat penat sebab kurang support

Sesuai pakai:

  • Kasut dengan arch support sederhana

  • Tapak tak terlalu lembut, sebab boleh jadi tidak stabil

  • Bahagian tumit sedikit tinggi, antara 1 hingga 1.5 inci

Contoh dari Madre:

Dhea Slingback Peep Toe Wedge ialah wedge yang stabil dengan sokongan di tengah, sesuai untuk flat feet.

2. High Arch (Kaki Berlengkung Tinggi)

Ciri-ciri:

  • Bahagian tengah tapak kaki terlalu melengkung

  • Bila pijak lantai, tengah tapak langsung tak sentuh lantai

Masalah biasa:

  • Kaki rasa tajam bila pijak lantai

  • Sakit di hujung jari dan tumit

  • Kurang keseimbangan

Sesuai pakai:

  • Kasut dengan tapak empuk

  • Insole lembut, elakkan tapak keras

  • Bahagian depan cukup ruang untuk jari

Contoh dari Madre:
Vienna X Pointed Kitten Heel ada tapak lembut dan ringan dengan padding tebal untuk redakan tekanan.

3. Wide Feet (Kaki Lebar)

Ciri-ciri:

  • Rasa ketat di sisi bila pakai kasut biasa

  • Jari terlipat ke dalam atau berbonggol bila pakai kasut tirus

Masalah biasa:

  • Blister di sisi kaki

  • Jari melecet atau cramp

Sesuai pakai:

  • Kasut dengan cutting lebih lebar

  • Material yang ada sedikit keanjalan

  • Elakkan design tirus atau pointed toe

Contoh dari Madre:
Evana Square Toe Pump Heel ada square toe dengan ruang depan lebih luas, memang direka wide feet friendly, sesuai juga untuk yang ada bunion. Untuk fabrik yang mengembang, Twyla Knit Block Heel guna flyknit.

4. Bunion-Prone Feet (Kaki Ada Bonggol Ibu Jari)

Ciri-ciri:

  • Ada bonjolan pada sendi ibu jari kaki

  • Kasut biasa rasa menekan kawasan bonjol tu

Masalah biasa:

  • Sakit bila pakai heels atau pointed toe

  • Kawasan bonjol mudah melecet

Sesuai pakai:

  • Kasut dengan bahagian depan lembut dan lebar

  • Elakkan jahitan keras atau buckle dekat bonjol

  • Pilih tapak stabil, bukan tajam tinggi

Contoh dari Madre:
Deena X Platform Sandal ada bahagian depan luas dan lembut. Untuk kerja, Karla Pump Block Heel dan Stella Slingback Block Heel dua-dua ditanda bunion friendly.

5. Neutral Feet (Kaki Normal)

Ciri-ciri:

  • Ada lengkungan sederhana

  • Tapak seimbang bila berdiri

Masalah biasa:

  • Biasanya tak ada masalah besar, tapi tetap boleh sakit kalau pakai kasut tak sesuai

Sesuai pakai:

  • Hampir semua jenis kasut, asalkan tak terlalu tinggi atau terlalu flat

  • Tetap perlukan padding dan ruang cukup di depan

Contoh dari Madre:
Ayra Diamond Ballerina Flats ada design casual tapi selesa dengan sokongan lembut, sesuai untuk aktiviti harian.

Macam Mana Nak Tahu Jenis Kaki Anda?

Cuba buat “Wet Test” ni di rumah:

  1. Basahkan tapak kaki anda

  2. Pijak atas kertas putih atau lantai yang boleh tunjuk kesan air

  3. Tengok bentuk tapak:

  • Kalau nampak penuh, itu flat feet

  • Kalau nampak macam separuh hilang di tengah, itu neutral

  • Kalau cuma nampak jari dan tumit, itu high arch

Buat untuk kedua-dua kaki, sebab selalunya ada sedikit perbezaan antara kiri dan kanan.

Jenis kaki sahaja tak cukup: kena tahu saiz juga

Wet test beritahu bentuk, bukan ukuran. Lepas anda tahu jenis kaki, ukur panjang kaki dalam sentimeter dan padankan dengan cutting model yang anda nak. Caranya ada dalam cara ukur saiz kasut sendiri di rumah, termasuk jadual yang menunjukkan kenapa saiz 37 boleh jadi 38 bila cutting berbeza.

Soalan Lazim

Boleh ke saya ada lebih dari satu jenis kaki?

Boleh, dan ia biasa. Contoh paling kerap ialah flat feet yang juga lebar, atau high arch dengan bunion. Dalam keadaan tu, utamakan masalah yang paling menyakitkan dahulu, biasanya lebar.

Jenis kaki boleh berubah?

Ya. Arch boleh merata dengan usia, selepas mengandung, dan selepas berat badan bertambah lama. Ulang wet test setiap dua tahun.

Kalau kaki kiri dan kanan berbeza jenis, macam mana?

Pilih ikut kaki yang lebih bermasalah, dan laraskan sebelah lagi dengan pad. Kasut yang terlalu sempit tak boleh dibesarkan, tapi yang longgar sedikit boleh diisi.

Perlu ke beli insole orthotic?

Untuk kebanyakan orang, kasut dengan sokongan yang betul sudah cukup. Insole menambah kusyen tapi mengambil ruang dalam kasut, dan ia tak boleh betulkan tapak yang memang tak stabil. Kalau sakit berterusan, rujuk podiatrist.

Bunion boleh hilang kalau tukar kasut?

Tidak. Kasut yang betul mengurangkan tekanan dan sakit, tetapi tidak membalikkan bonjol yang dah terbentuk. Kami tulis dengan lebih jujur dalam bunion boleh baiki ke.

Nak Pilih Kasut Yang Sesuai?

Kami di Madre percaya tak ada satu kasut yang sesuai untuk semua orang. Tapi ada kasut yang sesuai untuk kaki anda.

Sebab tu setiap page produk kami menyatakan cutting, ketinggian heel dan jenis insole, supaya anda boleh padankan dengan jenis kaki anda sendiri sebelum pesan.

Kaki setiap orang tak sama, tapi semua kaki layak rasa selesa. Kenali kaki anda, dan pilih kasut yang benar-benar beri keselesaan dalam jangka masa panjang.

Mula dengan koleksi best seller, atau terus ke kategori yang anda perlukan: heels, flats, wedges dan sandals.

Filed under
Share

0 comments

Reading about comfort is one thing. Feeling it is another.

Every pair we make is built to be worn all day, not just admired in photographs.

Shop the collection